Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kehidupan ini. Terlalu lama rasanya hamba menyepi, melihat sahaja dari jauh bagaimana jadinya bangsaku mendaulatkan agama yang tercinta ini. Telalu sukar rasanya untuk meluahkan rasa kedukacitaan hamba terhadap bangsa yang amat disayangi ini. Namun luahan hati harus kusampaikan demi menjaga maruah agama, bangsa dan tanah air tercinta ini. Jujur dari hati mengungkapkan kalimah berjiwa” takkan melayu hilang didunia”. Maka selayaknya hamba mengertikan kembali wasiat ini kepada anak bangsaku yang amat disayangi.
Wahai bangsaku kita sudah terlalu puas dijajah, puas menangisi, puas mengekori, puas membuntuti, puas menyanyi, puas terlena, puas mengaji, puas dengan keselesaan sendiri. Jauh disudut hati ini mahukan suatu anjakan cemerlang dari setiap diri melayu. Ketahuilah wahai bangsaku tiada yang lebih memuaskan hati ini kecuali mendaulatkan islam di muka bumi ini. Rebutlah peluang ini wahai bangsaku, dikau bakal memimpin dunia yang terlalu kecil ini pada pandangan mataNya. Tak pernahkah dikau mendengar suara-suara yang mendendangkan, bangsamu ini bangsa yang pantang dicabar.
Bagaimana suara-suara ini muncul jika tidak dibuktikan sendiri oleh sahabat-sahabat hamba sejak azali lagi. Jikalau benar darah yang mengalir disetiap diri bangsaku ini mengerti akan peri pentingnya mendaulatkan agama tercinta ini. Pasti tiada lagi penghalang untuk bangsaku terus maju memimpin dunia ini. Jaganlah kamu tutupkan mata hati kamu dangan petunjuk yang diberi. Sudah begitu banyak bangsa didunia ini maju bertahun-tahun meninggalkan bangsamu yang asyik termenung dengan petunjukNya.
Hari ini merupakan hari yang sangat bersejarah. Ku cabar setiap diri bangsaku untuk keluar berperang. Ya berperang!! . Siapakah diantara kamu yang sanggup berperang bersama-samaku. Terkejut bukan kepalang bukan!, mendengar seruan berperang ini. Ibarat nyawa dihujung tanduk, lantas sepantas kilat amalan dihitung, takut tak sempat bertaubat, dan seribu satu alasan lagi untuk mengelak diri dari berperang. Perperangan ini tidak lagi dapat dielakkan, jika tidak dimulakan segera maka lebih ramai lagi akan menjadi mangsa.
Peperangan yang hamba maksudkan ialah perang pada HAWA NAFSU. Inilah perang yang paling besar nilainya. Hasilnya akan melahirkan bangsa yang berakhlak mulia yang mampu untuk merahmatkan alam ini. Tidak terujakah wahai bangsaku, kamu memberi suatu makna baru bagi ahklak yang sempurna. Iaitu ia mampu dimiliki. Terlalu ramai, hingga tak terhitung ramainya manusia yang menyatakan yang baik pasti mengalahkan yang jahat. Namun siapakah diantara mereka yang menyatakan itu merialisasikan apa yang disebut. ”Hipokrit” ya itu jawapan yang jelas, salah satu musuh dalam agenda perang kita.
Sudah bersediakah wahai saudara-saudaraku untuk keluar berperang. Izinkan hamba menghuraikan sterategi perang ini. Biarkan musuh-musuh ini kecut perut bila mendengar barisan perang PERTAMA muncul memulakan perang besar terhadap hawa nafsu. Izinkan hamba membimbing sepenuhnya anak-anak muda ini menjadi benteng hadapan dalam strategi mengempur musuh no 1 umat di zaman ini. Katakan padanya Hang Tuah sudah kembali, sedang berbakti, meniupkan semangat pejuang yang memang sudah lama ada dalam diri bangsa ini. Wahai ibu-ibu, dan bapa-bapa, benarkanlah anak-anakmu ini berperang bersama-samaku. Aku berjanji selagi hayatku dikandung badan, selagi mentari bercahaya, selagi langit masih berdiri, selagi bumi masih berputar, akan ku pastikan barisan PERTAMA muncul terhebat di alam ini.
0 comments:
Post a Comment