Sunday, 5 June 2011 0 comments By: hang

Manusia Melayu


Salam pada sahabat-sahabatku yang setia, terima kasih kerana bersedia membaca  sedikit coretan hamba yang lemah ini untuk  menerobos ruang nafsu yang melebar sayap menutup kekuatan dan kebaikan yang menjadikan kita, yakni manusia Melayu mundur dari segi akhlak yang terpuji. Pertama kali dalam sejarah malaysia tercinta ini, kita menerima kenyataan makhluk yang bernama manusia hilang pertimbangan apabila tercetusnya kejadian buang bayi dari tingkat lima. Waima apapun bangsanya setiap diri yang hidupnya di Malaysia harus menerima kegagalan kita dalam membendung peristiwa buang bayi  ini dari terus berlaku.
                  Dahulu kita sudah dibacakan tentang kehidupan manusia yang tidak bersyukur dijadikan sebagai manusia. Malah menganggap manusia itu lebih hina dari binatang sehingga sanggup melakukan sesuatu yang tidak mampu diterima akal, iaitu kaum-kaum yang ditenggelamkan ke perut bumi. Bayangkanlah saudara-saudaraku mereka ini dilenyapkan Allah sehingga tiada satupun sisa waris yang ada. Apakah kita sanggup menerima azab tuhan ini di zaman kita atau di zaman anak-anak kita nanti. Pastinya tidak sanggup bukan. Namun apakah bukti yang menunjukkan ketidak sanggupan kita menerima azab ini.
Ketahuilah saudara-saudaraku, jika kita tidak berbuat apa-apa berkenaan hal kebejatan sosial ini bermakna kita menempah ajal. Bukan sahaja ajal kita, bukan juga ajal anak-anak kita, tapi yang tak termampu untuk dibayangkan ialah ajal “Manusia Melayu”. Sedikit hairan bukan dengan catatan saya ini. Bukan bangsa melayu yang saya fokuskan tetapi manusia melayu. Kerana hari ini tanyakan ibu-ibu dan bapa-bapa yang berbangsa melayu ini adakah benar mereka melahirkan anak untuk dijadikan manusia. Halwa telinga bangsa melayu mana yang suka mendengar inilah bangsa yang kamu cipta iaitu “b******g melayu”. Hingga jika dahulu biasa juga menegur perbuatan seseorang dengan panggilan “binatang”.
Benar, dan memang sangat benar, kalimah berjiwa “tidakkan melayu hilang didunia” itu ada dan akan tetap dipertahankan. Namun apa maknanya jika Melayu yang ada itu tidak lagi berjiwa seperti “Manusia Melayu” yang sangat berani dan gagah menjunjung perintah dalam mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara tercinta ini. Bersama-samalah dengan saya wahai saudara-saudaraku kita membentuk Manusia Melayu yang berjiwa Melayu tulen. Jadilah Manusia  Melayu yang  penuh kesopanan, penuh toleransi, penuh ilmu didada, penuh adab, tersangat erat silaturrahim, terarah jalannya, tersusun cakapnya, tersangat tinggi budi pekertinya. Hingga nanti mampu dijadikan contoh oleh manusia lainnya di bumi Malaysia ini.   
Tolonglah saya , dengan menolong diri kalian bersama mengubah tanggapan sinis tentang diri Manusia Melayu kini. Berfikirlah diluar kebiasaan kita yang manusia melayu ini tidak mampu berbuat apa-apa dengan bangsanya. Bersama-samalah kita memanusiakan bangsa melayu ini sehingga, benar-benar membawa fitrah manusia yang Allah ciptakan. Akal yang dibekalkan untuk manusia adalah untuk mengawal nafsu yang boleh jadi tidak bersifat manusia. Usahlah kita menunding  jari pada sesiapa. Kita adalah kita, bersatu hatilah kita membendungnya,  bersatu hatilah kita dalam memerangi Nafsu Serakah b******g melayu ini. Bangunkan mereka, sedarkan mereka yang mereka ini “Manusia”, ciptaan menakjubkan,  satu-satunya makhluk paling berkuasa dibumi. Kita yang diamanahkan, kitalah yang bertanggungjawab, Pastinya kita boleh, kerana kita adalah Manusia Melayu. 
Tuesday, 24 May 2011 0 comments By: hang

Seruan PERTAMA


               Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kehidupan ini. Terlalu lama rasanya hamba menyepi, melihat sahaja dari jauh bagaimana jadinya bangsaku mendaulatkan agama yang tercinta ini. Telalu sukar rasanya untuk meluahkan rasa kedukacitaan hamba terhadap bangsa yang amat disayangi ini. Namun luahan hati harus kusampaikan demi menjaga maruah agama, bangsa dan tanah air tercinta ini. Jujur dari hati mengungkapkan kalimah berjiwa” takkan melayu hilang didunia”. Maka selayaknya hamba mengertikan kembali  wasiat ini kepada anak bangsaku yang amat disayangi.

            Wahai bangsaku  kita sudah terlalu puas dijajah, puas menangisi, puas mengekori, puas membuntuti, puas menyanyi, puas terlena, puas mengaji, puas dengan keselesaan sendiri. Jauh disudut hati ini mahukan suatu anjakan cemerlang dari setiap diri melayu. Ketahuilah wahai bangsaku tiada yang lebih memuaskan hati ini kecuali mendaulatkan islam di muka bumi ini. Rebutlah peluang ini wahai bangsaku, dikau bakal memimpin dunia yang terlalu kecil ini pada pandangan mataNya. Tak pernahkah dikau mendengar suara-suara yang mendendangkan, bangsamu ini bangsa yang pantang dicabar.

            Bagaimana suara-suara ini muncul jika tidak dibuktikan sendiri oleh sahabat-sahabat hamba sejak azali lagi. Jikalau benar darah yang mengalir disetiap diri bangsaku ini mengerti akan peri pentingnya mendaulatkan agama tercinta ini. Pasti tiada lagi penghalang untuk bangsaku terus maju memimpin dunia ini. Jaganlah kamu tutupkan mata  hati kamu dangan petunjuk yang diberi. Sudah begitu banyak bangsa didunia ini maju bertahun-tahun meninggalkan bangsamu yang asyik termenung  dengan petunjukNya.

Hari ini merupakan hari yang sangat bersejarah. Ku cabar setiap diri bangsaku untuk keluar berperang. Ya berperang!! . Siapakah diantara kamu yang sanggup berperang bersama-samaku. Terkejut bukan kepalang bukan!,  mendengar seruan berperang ini. Ibarat nyawa dihujung tanduk, lantas sepantas kilat amalan dihitung, takut tak sempat bertaubat, dan seribu satu alasan lagi untuk mengelak diri dari berperang. Perperangan ini tidak lagi dapat dielakkan, jika tidak dimulakan segera maka lebih ramai lagi akan menjadi mangsa.

Peperangan yang hamba maksudkan ialah perang pada HAWA NAFSU. Inilah perang yang paling besar nilainya. Hasilnya akan melahirkan bangsa yang berakhlak mulia yang mampu untuk merahmatkan alam ini. Tidak terujakah wahai bangsaku, kamu memberi suatu makna baru bagi ahklak yang sempurna. Iaitu ia mampu dimiliki. Terlalu ramai, hingga tak terhitung ramainya manusia yang menyatakan yang baik pasti mengalahkan yang jahat. Namun siapakah diantara mereka yang menyatakan itu merialisasikan apa yang disebut. ”Hipokrit” ya itu jawapan yang jelas, salah satu musuh dalam agenda perang kita. 

            Sudah bersediakah wahai saudara-saudaraku untuk keluar berperang. Izinkan hamba menghuraikan sterategi perang ini. Biarkan musuh-musuh ini kecut perut bila mendengar barisan perang PERTAMA muncul memulakan perang besar terhadap hawa nafsu. Izinkan hamba membimbing sepenuhnya anak-anak muda ini menjadi benteng hadapan dalam strategi mengempur musuh no 1 umat di zaman ini. Katakan padanya Hang Tuah sudah kembali, sedang berbakti, meniupkan semangat pejuang yang memang sudah lama ada dalam diri bangsa ini. Wahai ibu-ibu, dan bapa-bapa, benarkanlah anak-anakmu ini berperang bersama-samaku. Aku berjanji selagi hayatku dikandung badan, selagi mentari bercahaya, selagi  langit masih berdiri, selagi bumi masih berputar, akan ku pastikan barisan PERTAMA muncul terhebat di alam ini.